Friday, 4 March 2011

Biar muka tak cantik, tapi hati mesti nak baik, InsyAllah

Post berbahasa Melayu, kagum tak? ( harus kagum okey!) haha. Pada pendapat saya, orang kalau cantik memang sedap dipandang, walaubagaimanapun, untuk terus manis dipandang, menawan hati, and indah berkawan, hati and sikap kena baik, baru berkekalan lama keadaan 'sedap mata memandang' itu. 

Easy to the eyes and so much easier to our heart. hehe. Macam mana nak tahu orang yang kita kawan tu baik hatinya atau tidak? Mudah, tengoklah tuturkatanya, sikapnya, pemikirannya, cara dia memandang dan melayan orang lain dan segala perlakuannya manggambarkan hatinya. The mind is the window to our soul. 

Saya adalah antara orang yang susah untuk cakap seseorang itu cantik, sebelum saya kenal hati budinya. Tapi bila dah kenal, mulalah, memuji sana-sini. Ini disebabkan hati berkenan dengan cara orang tersebut, maka mata memandang dengan pandangan penuh gembira. 

Selalunya kalau orang itu baik, saya selalu tertanya-tanya, bagaimana agaknya latarbelakang dan pengalaman yang dilalui oleh dia yang membuatkan terbentuknya sikap yang baik itu. Tapi benar, iman tidak akan dapat diwarisi. Didikan yang baik sangat penting, tapi tidak semestinya didikan yang baik menghasilkan sesuatu seperti yang dijangka. Penjagaan hati itu penting. Setiap orang mempunyai cara sendiri dalam mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi.  

Apa yang saya cuba tekankan disini adalah, kita perlu teramat bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah, sebagai contoh, paras rupa, walau pada pandangan kita selalu sahaja ada yang tak kena, janganlah dilayan sangat kenegetifan itu, sesungguhnya apa yang diberikan oleh Allah, itulah yang TERBAIK untuk kita.

Walaubagaimanapun, usahakan untuk sesuatu yang boleh kita kecapi, hati dan akhlak mesti baik, dengan itu, secara automatiknya orang pun akan pandang kita sangat cantik. Jika betul ada orang yang hanya memandang pada paras rupa, adakah kita mahu berkawan dan mengiakan golongan tersebut? Sedangkan kita tahu, bahawasanya manusia tak berhak atas pujian yang diberikan atas paras rupa kita, Allah lah pemilik segala sesuatu. Sedangkan kekuatan yang kita ada dan udara yang kita hidu ini milik-Nya, masakan kita layak untuk dipuji? Tak perlulah kita mahu mengejar pengiktirafan orang yang berfikiran sempit ( shallow). Tetapi, bersahabatlah dengan orang yang menerima kita seadanya dan sentiasa menegur untuk kebaikan. Seperti dalam surah Al'-Asr ( Time). 
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful . Time is witness that, surely, mankind suffers loss except for those of faith, Who do good, and become a model of truthful living,and together practice patience and constancy. 
Translated by Kabir Helminski ( Translasi ini saya Google, tapi dah dicreditkan, takde plagiarism okey=p)
Semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi. Post ini peringatan untuk diri saya terutamanya. InsyAllah. 
Alhamdulillah=D


1 comment: